Tajuk:Zaman Penjajahan Portugis
NAMA PENSYARAH: PN ROSIDAH BINTI ABDUL RASHID
NAMA AHLI KUMPULAN:
1. ABDUL HAKIM BIN ABDUL WAHAB
1. ABDUL HAKIM BIN ABDUL WAHAB
2. MOHAMAD SHAFIZAN BIN ADNAN
3. MOHAMAD HAFIS BIN JAMALUDDIN
4. MUHAMMAD AZFAR BIN IRSYADUDDIN
KELAS: DAG1B
RUJUKAN: BUKU PENGAJIAN MALAYSIA OXFORD FAJAR /
GOOGLE
PENGENALAN
Assalamualaikum wbt. Kami ingin membincangkan tentang zaman penjajahan Portugis di Tanah Melayu. Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa-kuasa barat. Tanah Melayu mula mengalami pengaruh pendudukan barat apabila Kerajaan Melayu Melaka ditewaskan oleh Portugis pada tahun 1511. Tanah Melayu juga turut dijajah oleh dua kuasa barat iaitu Belanda pada tahun 1641 dan British pada tahun 1824 sementara hanya satu kuasa timur yang pernah menjajah Tanah Melayu iaitu Jepun pada tahun 1941. Alfonso De Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India sebelum menawan kota Melaka pada tahun 1511.
ALFONSO
DE ALBUQUERQUE
FAKTOR-FAKTOR
PENJAJAHAN PORTUGIS
•
Menghancurkan
agama Islam dan mengembangkan agama Kristian
•
Memonopoli
pedagang yang selama ini dikuasai oleh orang Islam
•
Berhasrat
menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan kuasa dagangan
•
Tanah
Melayu tidak mempunyai kubu yang kuat dan senjata yang canggih
•
Mempunyai
banyak bahan mentah seperti Getah, Bijih Timah dan Lada Hitam
PEPERANGAN TIGA PENJURU
•Berebut
menguasai perdagangan di Kepulauan Melayu
• Dasar-dasar
Portugis tidak disenangi oleh pedagang-pedagang.
• Perdagangan
di pelabuhan Melaka merosot sehingga akhirnya jatuh ke tangan Belanda
KESAN-KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS
KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS DI TANAH MELAYU
Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.
PENGAJARAN YANG
DIPEROLEHI DARI TOPIK INI
• Masyarakat
tidak seharusnya menerima dan mempercayai sebarang agenda dari pihak luar.
• Masyarakat
haruslah bersatu padu menentang sebarang jajahan dari pihak asing.
• Kita hendaklah
menanamkan sifat Patriotisme dalam diri kita.
• Kita wajiblah
berusaha sedaya upaya untuk menghalau anasir-anasir barat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
kita hendaklah menghayati dan menghargai sejarah negara dan mengukuhkan jati
diri terhadap tanah air.Sebagai
warganegara, kita perlu mengetahui asal-usul bangsa sendiri agar dapat melahirkan
warganegara yang sayang akan negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di
negara orang.
No comments:
Post a Comment